[WAWANCARA EKSKLUSIF] 'Jangan ulang kesilapan Tun M'
  • 6 bulan lalu
[WAWANCARA EKSKLUSIF] 'Jangan ulang kesilapan Tun M'

Sebagai menebus kekesalan kerana 'meminggirkan' negeri Pantai Timur pada pentadbirannya sebelum ini, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kini rela memikul tanggungjawab sebagai penasihat empat negeri ditadbir Pas atau 'State-Government 4' (SG4) iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.

Menurut Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, kesilapan Tun M itu juga sepatutnya menjadi satu pengajaran buat kerajaan madani agar tidak menekan negeri yang ditadbir pembangkang.

"Jangan anggap apabila kerajaan menekan negeri pembangkang, rakyat tidak akan undi (pembangkang). Itu salah. Sebagai contoh negeri Kelantan, berapa lama kerajaan tekan, namun rakyat tetap pilih Pas".

Saksikan perkongsian Tuan Ibrahim yang turut bercerita tentang masa depan Perikatan Nasional (PN) selain hala tuju negeri Kelantan dalam Wawancara Eksklusif pada AHAD, 22 OKTOBBER 2023, JAM 2 PETANG hanya di semua platform media sosial Sinar Harian.

Muzik:
1. Chemtrails by Semo - https://artlist.io/royalty-free-music/album/chemtrails/5237
2. Visions by Ardie Son - https://artlist.io/royalty-free-music/album/visions/6834

#WawancaraEksklusif #SinarHarian #Pas #PerikatanNasional
Disyorkan