Keputusan rayuan Isa Samad ditangguhkan ke tarikh lain

  • 8 bulan lalu
Keputusan rayuan bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berhubung sabitan dan hukuman penjara enam tahun dan denda RM15.45 juta atas sembilan kesalahan berhubung pembelian sebuah hotel di Sarawak ditangguhkan ke tarikh lain. Penangguhan itu dibuat Mahkamah Rayuan Putrajaya selepas panel tiga hakim diketuai Datuk Vazeer alam Mydin Meera mendengar penghujahan pihak-pihak dalam rayuan pada Isnin.