Salad Telur Bersama Mayones Homemade

  • 7 bulan lalu
Tercari-cari resipi Salad yang mudah & tak guna banyak bahan? Ni dia, Kak Cat nak kongsi satu resipi homemade yang cukup mudah yang anda boleh buat menggunakan Bestari Stok Ayam & Serbuk Perencah Lada Hitam. Memang sangat sedap. Jom cuba!

SALAD TELUR BERSAMA MAYONES HOMEMADE

BAHAN-BAHAN MAYONES:
2 biji telur saiz sederhana
1 ½ sudu besar gula
2 sudu besar jus lemon
1 sudu kecil garam
1 cawan minyak zaitun

CARA MEMASAK:
1. Kisar telur, garam,gula dan jus lemon menggunakan pengisar selama 10 saat.
2. Tuang minyak sedikit demi sedikit sambil dikisar sehingga mayones menjadi kental.
3. Siap dan ketepikan.

BAHAN-BAHAN SALAD:
3 biji telur – rebus & cincang
2 biji kentang – potong kecil dan rebus
1 mangkuk kecil sayur campur (mix vege)
1 tin tuna in water – buang air dan ambil isi ikan sahaja
Mayones
1/4 sudu teh BESTARI Stok Ayam
1/2 sudu teh BESTARI Serbuk Perencah Lada Hitam

Tonton cara memasak dalam video di bawah ini. Selamat mencuba!

#RasaSeBestBestari #majalahrasa #rasashare #saladtelur #mayoneshomemade #resipi #recipe