Jangan sebarangan sebar maklumat, gambar di media sosial
  • 7 bulan lalu
BERITA SEMASA 9 OKTOBER 2023

Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz menafikan dakwaan beliau menghisap rokok elektronik atau vape dalam Dewan Rakyat selepas gambar beliau memegang objek berbentuk silinder pada mulutnya tular di media sosial.

Beliau menegaskan bahawa teguran perlu diberikan kepada orang luar untuk berhati-hati dalam menyebarkan sebarang maklumat atau gambar di sosial media kerana ia menyentuh maruah dan imej seseorang.

Tambahnya lagi, beliau bersedia untuk dikenakan hukuman mengikut peraturan Dewan Rakyat jika terbukti bersalah seperti dakwaan tular beliau menghisap rokok elektronik (vape) di Parlimen pada 19 September lalu.

Muzik: Elevate dari bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #IkmalHisham
Disyorkan