BN menang PRK DUN Pelangai
  • 7 bulan lalu
Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Amizar Abu Adam memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, sekali gus mempertahankan kerusi yang dimenangi gabungan itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU) lalu.

Begitu pun, Amizar menang dengan majoriti undi lebih rendah iaitu sebanyak 2,949 berbanding 4,048 undi yang dimenangi penyandangnya, Allahyarham Datuk Seri Johari Harun.

Menerusi saingan tiga penjuru, Amizar memperolehi 7,324 undi.