Usul lantikan wakil Sabah, Sarawak dalam LHDN tidak berdepan masalah

  • 7 bulan lalu
Usul lantikan wakil Sabah, Sarawak dalam LHDN tidak berdepan masalah

BERITA MOJO 7 OKTOBER 2023

Kerajaan tidak berdepan sebarang masalah untuk membentangkan usul melantik wakil dari Sabah dan Sarawak sebagai anggota dalam Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), lapor wartawan Sinar Harian Johor, Nor Azura Md Amin.

Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, usul itu akan dilaksanakan menerusi Rang Undang-Undang Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Pindaan) 2023 RUU LHDNM (Pindaan) 2023 yang akan dibentangkan dalam Mesyuarat Ketiga, Penggal Kedua, Parlimen ke-15 mulai Isnin depan.

Beliau menjelaskan perkara itu dilaksanakan sebagai menghormati dan memberi lebih kuasa kepada Sabah dan Sarawak atas semangat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTP-MA63).

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/283007/berita/nasional/usul-lantikan-wakil-sabah-sarawak-dalam-lhdn-tidak-berdepan-masalah

Muzik: www.bensound.com

#BeritaMojo #SinarHarian #BeritaSemasa #SinarTerkini