Cetak sendiri label halal-wartawan bongkar sindiket kartel daging haram cerita penemuan menjijikkan

  • 7 bulan lalu
Cetak sendiri label halal

Isu kartel daging haram yang dihalalkan ini pernah menggemparkan negara pada penghujung 2020 kerana membabitkan sensitiviti umat Islam.

Gudang yang menjadi lokasi kartel beroperasi turut memalsukan label, jenama dan logo halal Malaysia yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Kartel turut menciplak tiga jenama popular daging dari Australia. Tindakan licik itu dikesan hasil penemuan kotak yang ditempah kartel dari premis lain dengan meniru jenama terbabit seolah-olah ia adalah tulen.

Ikuti pengalaman Izwan Rozlin, wartawan Sinar Harian yang membongkar isu kartel daging haram sehingga umat Islam satu Malaysia terkejut dan mula ragu-ragu dengan status daging di pasaran dalam Deadline! Episod 6 bersama hos Zaitie Satibi.


Dengarkan podcast Sinar Harian di Spotify, Apple dan Google Podcasts!

#SinarHarian #SinarTerkini #SinarHarianPodcast #BeritaSinarHarian #Deadline

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

Disyorkan