Malaysia bijak bermain dengan kuasa-kuasa besar, pacu pertumbuhan - Profesor Ekonomi Universiti Oxford

  • 8 bulan lalu
Profesor Dasar Ekonomi, Pusat Pengajian Ekonomi dan Kerajaan Blavatnik Universiti Oxford, Profesor Stefan Dercon berkata Malaysia bijak bermain dengan kuasa-kuasa besar dunia termasuk negara-negara Barat dan China untuk meraih pertumbuhan ekonomi yang sihat. Jelasnya, peluang ini tidak semestinya turut dinikmati oleh negara yang berada diluar rangkaian nilai seperti negara-negara Afrika.