Niaga AWANI: Data & Statistik: IHPR turun -1.8 peratus pada Ogos 2023
  • 7 bulan lalu
Indeks harga pengeluar (IHP) Malaysia merosot kepada -1.8 peratus pada Ogos 2023, iaitu meningkat sedikit berbanding -2.3 peratus pada Julai (Jun: -4.8 peratus), kata Jabatan Perangkaan Malaysia.
Penurunan itu diterajui oleh sektor perlombongan, yang merosot kepada -3.8 peratus (Julai 2023: -10.8 peratus), dengan indeks pengekstrakan petroleum mentah mencatatkan -6.5 peratus pada Ogos 2023.