Jiwa SME: Kuih Bulan Halal | Inovasi dalam kuih tradisi masyarakat Cina oleh Pengusaha Muslim
  • 7 bulan lalu
Kuih Bulan, atau Moon Cake, adalah hidangan tradisional kaum Cina yang semakin popular di kalangan pelbagai lapisan masyarakat Malaysia. Dalam masa yang sama, usahawan Muslim seperti Abdul Rahman Shahruni turut terlibat dalam pembuatan manisan ini. Lihat bagaimana permintaan Kuih Bulan bukan sahaja datang daripada komuniti Cina, tetapi juga dari masyarakat Melayu yang ingin menikmatinya tanpa kebimbangan. Selain versi tradisional dengan inti seperti pandan, kacang merah, telur masin, dan lotus, Kuih Bulan kini diinovasikan dengan inti yang lebih menarik seperti coklat cip, durian, buah naga, Oreo, dan Cadbury. Saksikan bagaimana Abdul Rahman Shahruni, pengusaha Kuih Bulan, menggunakan media sosial untuk memperkenalkan Kuih Bulan halal dan melakukan siaran langsung pembuatan Kuih Bulan setiap hari. Temui pelbagai variasi Kuih Bulan yang sesuai untuk semua selera.
Disyorkan