Cikgu Kasim tumpu masalah infrastruktur jalan

  • 8 bulan lalu
Cikgu Kasim tumpu masalah infrastruktur jalan

BERITA MOJO 23 SEPTEMBER 2023

Isu pembangunan menjadi fokus utama calon Perikatan Nasional(PN), Kasim Samat atau lebih dikenali sebagai Cikgu Kasim dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, lapor wartawan Sinar Harian, Rosilawati Rosedi.

Beliau yang juga Naib Yang Dipertua Pas Kawasan Bentong itu memberitahu, antara yang menjadi tumpuan ialah infrastruktur jalan di DUN terbabit yang disifatkan kurang memberangsangkan.

Anak jati kelahiran Felda Chemomoi dan pernah mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan(SMK) Felda Chemomoi itu ditemui selepas selesai proses penamaan calon di Dewan Orang Ramai Felda Kemasul pada Sabtu.

Artikel berkaitan: https://bitly.ws/Vtss

#SinarHarian #BeritaSemasa #BeritaMojo #SinarTerkini #PRKDUNPelangai