Kejohanan Premier 7s kembali temui peminat sukan ragbi

  • 8 bulan lalu
Kejohanan Ragbi MCKK Premier 7s kembali menemui peminat sukan itu selepas kali terakhir diadakan pada 2020. Kejohanan anjuran The Malay College Kuala Kangsar (MCKK) itu akan berlangsung selama tiga hari dari 29 September hingga 1 Oktober 2023 yang mana bakal menyaksikan bakal menyaksikan kehadiran semula juara-juara edisi terdahulu seperti Maktab Sultan Abu Bakar (EC) Johor Bahru, Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SST-MI), serta tuan rumah MCKK.