JIWA SME: Makmur Bakery | Dari tepi rumah ke pasaran dunia

  • 9 bulan lalu
Makmur Bakery Sdn Bhd, yang bermula sebagai perusahaan kecil di tepi rumah 20 tahun lalu, telah berkembang menjadi pemain utama dalam industri roti, biskut, dan kek. Terletak di Perda Food Park, Kubang Menerong, Tasek Gelugor, Pulau Pinang, syarikat ini kini memberi tumpuan kepada memenuhi permintaan usahawan tempatan. Ketahui perjalanan mereka dan bagaimana penggunaan platform digital telah mengubah cara mereka mempromosikan produk mereka.