PH menang di DUN Simpang Jeram, jurutera pilihan pengundi

  • 9 bulan lalu
Pakatan Harapan (PH) berjaya meneruskan tampuk pimpinan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, sekali gus melenyapkan stigma gelombang Perikatan Nasional (PN) di kawasan itu.
Calon PH, Nazri Abdul Rahman yang juga seorang jurutera menang dengan majoriti 3,514 selepas meraih 13,844 undi menewaskan pakar bedah, Dr Mohd Mazri Yahya yang meraih 10,330 undi manakala calon Bebas S.Jeganathan hanya mendapat 331 undi.