Wujud 'tangan ghaib' kes Ahmad Zahid, Bung Moktar - Sanusi
  • 8 bulan lalu
Wujud 'tangan ghaib' kes Ahmad Zahid, Bung Moktar - Sanusi

BERITA SEMASA 8 SEPTEMBER 2023

Ketua Pengarah Pilihanraya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram digesa menggunakan kuasa mereka pada Sabtu ini untuk menamatkan kegagalan tadbir urus yang berlaku dalam Kerajaan Perpaduan.

Ketua Pengarah Pilihanraya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, isyarat itu penting terutama melibatkan keputusan kes mahkamah, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin serta isterinya Datin Seri Zizie Izette A Samad yang didakwa wujud campur tangan 'tangan ghaib' dalam proses pendakwaan.

Beliau berkata demikian dalam video yang dimuat naik dalam akaun Facebooknya pada Khamis malam.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/277850/berita/politik/sanusi-dakwa-wujud-tangan-ghaib-kes-ahmad-zahid-bung-moktar

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa