Dunia tidak boleh berdiam diri dengan konflik Korea, Myanmar, Rusia-Ukraine dan Palestin - PM Anwar

  • 9 bulan lalu
Ketidakstabilan di Semenanjung Korea, konflik ketenteraan Myanmar, perang Rusia-Ukraine, serta penindasan Israel ke atas rakyat Palestin adalah sesuatu yang tidak harus dibiarkan oleh komuniti antarabangsa.

Justeru Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, negara-negara peserta Sidang Kemuncak Asia Timur perlu lebih agresif memperjuangkan hak rakyat, dan bersuara dalam isu-isu yang dinyatakan melalui platform tersebut.