'Arwah beritahu nak berehat, tak sangka arwah betul-betul 'rehat' - Isteri anggota Rela

  • 9 bulan lalu
'Arwah beritahu nak berehat, tak sangka arwah betul-betul 'rehat' - Isteri anggota Rela

BERITA SEMASA 1 SEPTEMBER 2023

" Arwah ada beritahu yang dia nak pergi berehat selepas selesai semuanya, tetapi nampaknya dia betul-betul 'rehat'.

Demikian kata Maniliza Abdul Hamid, isteri kepada Ketua Jurulatih Jabatan Sukarelawan Malaysia(Rela) Negeri Sembilan, arwah Muhammad Noh Muhammad Isa, yang meninggal dunia selepas rebah ketika perbarisan sempena sambutan Hari Kebangsaan 2023 peringkat Negeri Sembilan, di Dataran Majlis Bandaraya Seremban, pada pagi Khamis, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.

Menurut ibu kepada tiga anak berkenaan, beberapa hari sebelum perbarisan terbabit arwah mengadu kepenatan dan mengatakan dia mungkin pengsan pada hari perbarisan sebenar.

Bagaimanapun katanya, arwah tetap berkeras untuk meneruskannya kerana merasakan itu tanggungjawabnya sebagai seorang ketua.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/276710/'Arwah-beritahu-nak-berehat,-tak-sangka-arwah-betul-betul-'rehat'---Isteri-anggota-Rela

Muzik: www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #SinarTerkini