[TERKINI] Hukuman penjara Thaksin Shinawatra dikurangkan kepada setahun
  • 8 bulan lalu
Raja Thailand, Maha Vajiralongkorn perkenan mengurangkan hukuman penjara bekas pemimpin, Thaksin Shinawatra daripada lapan tahun kepada setahun.

Keputusan itu diumumkan menerusi Warta Istana pada Jumaat, sehari selepas Thaksin mengemukakan permohonan pengampunan diraja.

Selepas kembali daripada kehidupan dalam buangan selama 15 tahun minggu lalu, Thaksin dijatuhkan hukuman penjara lapan tahun kerana didapati menyalahguna kuasa dan konflik kepentingan.


Disyorkan