Dasar, inisiatif kerajaan terlalu banyak, perlu tumpu kepada aspek penyampaian - SID-UKM

  • 9 bulan lalu
Ketua Kluster Mikroekonomi, Pusat Kajian Pembangunan Inklusif dan Lestari (SID), Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Mustazar Mansur berkata ketika ini kerajaan mempunyai terlalu banyak dasar dan inisiatif pada satu-satu masa. Oleh itu, beliau mencadangkan agar kerajaan memberikan tumpuan kepada memperkasakan dasar sedia ada dengan menekankan aspek penyampaian kepada kumpulan sasar.