Ketua Penerangan Pas Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud sah dilantik sebagai Menteri Besar Kelantan yang baharu selepas mengangkat sumpah untuk jawatan itu di hadapan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V di Istana Negeri Kubang Kerian, Kota Bharu pada Selasa, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Hadir sama Tengku Mahkota, Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra Sultan Ismail Petra.
Pelantikan itu sekali gus menamatkan teka-teki siapa yang akan dilantik selepas Menteri Besar sebelum ini Datuk Ahmad Yakob memutuskan untuk berudur akibat masalah kesihatan.