Pasca PRN: Amanah perlu diperkasa PH - Penganalisis

  • 10 bulan lalu
Parti Amanah di dalam komponen dalam Pakatan Harapan (PH) perlu diperkasakan untuk menarik minat pengundi Melayu terutamanya di Selangor.

Pensyarah Kanan, Pusat Latihan Intern & Pengayaan Akademik (CITRA), Universiti Malaya, Dr. Muhammad Shamshinor Abdul Azziz berkata, prestasi Amanah dalam PRN di Selangor kali ini menunjukkan penurunan apabila kerusi disandang parti berkenaan kini jatuh kepada Perikatan Nasional (PN).