Datuk didakwa memandu Lamborghini secara merbahaya

  • 10 bulan lalu
Datuk didakwa memandu Lamborghini secara merbahaya

BERITA MOJO 10 OGOS 2023

Seorang pemandu Lamborghini bergelar Datuk dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kota Tinggi pada Khamis atas pertuduhan memandu secara merbahaya di Lebuhraya Senai-Desaru, hujung bulan lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

Tertuduh, Lim Thean Seng, 65, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Rashidah Baharom.

Mengikut pertuduhan, warga emas itu didakwa memandu kereta Lamborghini Huracan Coupe di jalan raya dengan cara merbahaya kepada orang awam di Kilometer (KM) 54.4 hingga KM 55.5 Jalan Lebuhraya Senai - Desaru, di sini kira-kira jam 10 pagi, 29 Julai lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel: https://shorturl.at/kAH25

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #BeritaMojo