Kerajaan Selangor perbanyakkan program ilmu agama, zikir, selawat - Amirudin
  • 9 bulan lalu
Kerajaan Selangor perbanyakkan program ilmu agama, zikir, selawat - Amirudin

Kerajaan akan memperbanyakkan program keagamaan merangkumi pengajian ilmu, zikir dan selawat yang akan diperluaskan di seluruh negeri Selangor, lapor wartawan Sinar Harian, Mukhriz Mat Husin.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pelaksanaan itu bertujuan bagi mencapai hasrat pentadbiran untuk menjadi sebuah negeri yang aman damai dan memupuk nilai-nilai harmoni.

Beliau berkata demikian ketika dalam ucapan sempena program Gombak Berselawat, Malam Cinta Rasul di Dataran Niaga, Selayang Mutiara pada Ahad.

Majlis yang dianjurkan dengan kerjasama Perpaduan Gombak, Generasi Gombak serta Raudhatul Quran itu turut dihadiri oleh Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis), Datin Seri Masdiana Muhamad; pendakwah bebas, Habib Nael Ben Taher; Ustaz Husaini Mahmur; Ustaz Arif; kumpulan nasyid, Inteam dan Marhaband.

Artikel berkaitan: http://bitly.ws/QUhn

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #BeritaMojo #SinarHarian #KuasaRakyat #PilihanRayaNegeri