#SHORTS Tak Nak Derma Darah Sebab Takut Jarum?
  • 9 bulan lalu
#SHORTS Tak Nak Derma Darah Sebab Takut Jarum?

Derma darah merupakan satu amalan mulia kerana darah yang didermakan seseorang individu itu dapat menyelamatkan nyawa seseorang yang memerlukannya di mana setiap sesi derma darah mempunyai kuasa untuk menyelamatkan sehingga tiga nyawa sekaligus. Darah amat diperlukan untuk pesakit apabila mereka menjalani pembedahan dan rawatan yang menyelamatkan nyawa, terutamanya untuk pesakit trauma atau mereka yang hidup dengan keadaan kronik seperti kanser.

Walau bagaimanapun, menurut statistik baru-baru ini, hanya 2.5 peratus rakyat Malaysia yang mampu menderma darah secara fizikal dan berbuat demikian, sedangkan purata antarabangsa adalah 5 peratus. Sejauhmana maklumat ini sampai ke telinga masyarakat? Sekiranya fenomena pengurangan bekalan darah berterusan kemungkinan ia akan mengakibatkan stok darah turun ke paras kritikal.

Ikuti perincian lanjut mengenai perkara ini dalam siri Doktor & Anda (DNA), bersama Dr. Nor Azhani Azmi, Pakar Perubatan Transfusi, Pusat Darah Negara.

Tonton video penuh melalui:
Facebook Sinarplus: https://bit.ly/38GWnfO
Youtube: https://bit.ly/3yQMdDU

#DoktorDanAnda
#DNA
#Sinarplus
Disyorkan