Ibu angkat meninggal dunia, rakan kecam Izuan Razali beli Audi TT cash

  • 10 bulan lalu
PEMPENGARUH media sosial Izuan Razali terkilan apabila tidak sempat menunaikan hasrat menghadiahkan telefon pintar buat Allahyarham ibu angkatnya yang meninggal dunia 15 Julai lalu.

Izuan berkata, Allahyarham membuat permintaan itu kerana telefon lamanya sudah rosak sehinga sukar menonton video dihasilkan di media sosial.

"Ibu suka dan selalu tengok video yang saya buat sampai arwah beritahu telefonnya rosak... saya dah janji nak belikan yang baru tapi tak kesampaian.

"Mungkin saya beli batu nisan untuk ibu," katanya kepada mStar.

Dalam kesedihan yang dilalui, Izuan turut meluahkan rasa kesal apabila sahabatnya sendiri mempertikaikan kejayaannya membeli kenderaan mewah Audi TT yang dibeli secara tunai.

"Kawan-kawan terdekat sendiri yang kecam dan pertikaikan apa yang saya lakukan.

"Jujur saya cakap, benda yang saya buat selama ini adalah reviu, apa yang dilakukan semua konten semata-mata.

"Kawan-kawan baik sendiri kutuk belakang dan ini adalah hasil daripada apa yang saya lakukan," katanya.

Disyorkan