Kes PU Azman: 'Saya tak percaya ustaz lakukan perbuatan itu' - Bapa mangsa
  • 9 bulan lalu
Bapa kepada salah seorang mangsa kes amang seksual fizikal melibatkan pendakwah selebriti Pencetus Ummah (PU) Azman Syah Alias tidak percaya tertuduh yang merupakan seorang ustaz boleh melakukan perbuatan terkutuk berkenaan, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.

Pada hari pertama perbicaraan kes di Mahkamah Sesyen Seremban, lelaki berusia 54 tahun itu yang merupakan saksi kedua memberitahu hanya mengetahui kejadian terbabit selepas dimaklumkan oleh seorang ustazah dalam satu pertemuan di sebuah hotel di Shah Alam pada 27 Ogos tahun lalu.

Pada prosiding yang bersambung pada jam 2 petang, ibu kepada mangsa pula mendedahkan yang tertuduh telah meminta anak lelakinya melumur minyak pada bahagian kemaluan remaja berkenaan.

Saksi ketiga yang berusia 45 tahun itu berkata, dia mengetahui perkara berkenaan selepas diceritakan sendiri oleh anaknya yang ketika kejadian berusia 17 tahun.

Tambahnya, kejadian itu berlaku pada 5 Februari 2022 di rumah PU Azman di Sendayan, Seremban.

Artikel berkaitan:
http://bitly.ws/NeXV
http://bitly.ws/Nf4m

Muzik: www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #BeritaMojo #Mojo
Disyorkan