MUDA lancar manifesto, ambil pendekatan realistik

  • 10 bulan lalu
Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) mengambil pendekatan realistik dalam pemilihan manifestonya kali ini yang dikenali sebagai Kertas Hitam MUDA II bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) bulan depan.

Presidennya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata manifesto yang dilancarkan pada Khamis itu bersifat sebagai idea, solusi dan cadangan penambahbaikan kepada mana-mana pihak yang bakal menerajui kepimpinan kerajaan negeri.