Ini pengajaran buat semua pihak - Awang Hashim
  • 9 bulan lalu
BERITA SEMASA 18 JULAI 2023

Pemimpin Pas mendakwa pertuduhan dibuat terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor di mahkamah adalah disebabkan Pilihan Raya Negeri (PRN).

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Awang Hashim berkata, apa yang berlaku itu adalah proses undang-undang dan pernah dihadapi parti itu sejak dahulu.

Bagaimanapun, dakwaan terhadap Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) yang juga Menteri Besar Kedah itu bukan berkisar kepada "kawal mulut".