Perjanjian Bijirin: Negara termiskin paling teruk terjejas

  • 11 bulan lalu
Penamatan perjanjian bijirin dilihat bakal memburukkan lagi keadaan bagi negara-negara termiskin dunia, terutamanya di Afrika.

Perjanjian Bijirin Laut Hitam, yang diuruskan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Turkiye pada Julai 2022, membantu menurunkan harga makanan global dan membenarkan agensi bantuan kemanusiaan mengakses ratusan ribu tan makanan.