Jiwa SME: Usahawan muda merasai keberkesanan program Mod 2u2i
  • 9 bulan lalu
Kehadiran orang ramai di 'Changlun Designer Outlet', perniagaan kedua milik Nik Anis Aishah Nik Mohd Azmi, pelajar Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok, Kedah, menunjukkan keberkesanan Program Akademik 2u2i dalam pembelajaran akademik dan aplikasi pembelajaran sebenar di tempat kerja berasaskan (experiential learning) yang secara efektifnya dapat diterokai di luar kampus. Program memberi peluang kepada pelajar untuk merasai pengalaman praktikal dalam dunia keusahawanan.