Tiga ditahan termasuk seorang penguatkuasa, lepas warga asing
  • 9 bulan lalu
Tiga lelaki termasuk seorang anggota penguat kuasa ditahan selepas dipercayai menerima rasuah berjumlah RM12,000 bagi melepaskan warga asing yang tidak memiliki dokumen perjalanan sah.

Penahanan tiga suspek itu dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah dengan kerjasama polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam.