'Amanah penumpang PH?'

  • 11 bulan lalu
Sejak ditubuhkan pada 2015, Parti Amanah Negara (Amanah) barangkali masih hanya dikenali lewat nama seperti Mohamad Sabu, Salahuddin Ayub atau Adly Zahari.

Didakwa sesetengah pihak sebagai tiada barisan pelapis bagi menggantikan kepimpinan sedia ada, parti serpihan Pas itu malah dituduh hanya 'penumpang' dalam gabungan Pakatan Harapan.

Sejauh mana kebenaran dakwaan itu? Sudahkah ia keluar dari bayangan Pas dan membina jenamanya sendiri? Wajah politik Islam bagaimana yang mahu ia tampilkan?

Ikuti temubual isu ini, 'Amanah penumpang PH?' bersama Naib Ketua Angkatan Wanita Amanah (AWAN) Nasional, Anfaal Saari, dihoskan Haizir Othman dalam Plot Twist Episod 26.