Dakwaan 'tiada integriti', wakil parti UMNO, Bersatu bertikam lidah

  • 11 bulan lalu
Tidak lama selepas dimulakan, sesi perbincangan Wacana Sinar Harian bertukar tegang selepas dua wakil dari parti politik UMNO dan Bersatu bertikam lidah.

Pencelahan berlaku selepas Ahli Jawatankuasa Penerangan Bersatu, Badrul Hisham Shaharin @ Chegu Bad menyatakan bahawa Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Adam seolah-olah mendakwa jenama media itu 'tiada integriti' dalam penyediaan data tinjauan pendapat yang dikatakan bergantung kepada pendanaan parti politik atau 'media buy'.

Dalam tinjauan data yang dijalankan oleh Sinar Media menyaksikan golongan anak muda lebih cenderung memilih parti Perikatan Nasional (PN) dalam pilihan raya negeri (PRN) akan datang.