'Saya bukan boneka sesiapa' - Anwar
  • 10 bulan lalu
BERITA SEMASA 4 JULAI 2023

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa beliau bukanlah boneka yang tunduk kepada DAP.

Sebaliknya, beliau berkata, parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan merupakan rakan sejawat penting dalam menjaga keharmonian.

Menurutnya, DAP tidak pernah membantah sebarang program dianjurkan untuk Melayu dan Islam sepanjang tujuh bulan beliau memimpin Kerajaan Persekutuan.