Harga beras tempatan dijamin tidak dinaikkan
  • 10 bulan lalu
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) memberi jaminan harga beras tempatan tidak dinaikkan walaupun negara ketika ini berdepan isu kekurangan pengeluaran hasil tanaman padi.

Timbalan Menterinya, Chan Foong Hin, berkata permintaan beras yang naik secara mendadak ketika ini masih terkawal dengan pelbagai langkah intervensi digerakkan di semua peringkat rantaian termasuk kilang, pemborong dan peruncit.
Disyorkan