Menjelang Aidiladha: Lembu baka Kedah-Kelantan terima permintaan tinggi
  • 10 bulan lalu
Harga yang murah dan daging berkualiti tinggi menyebabkan lembu baka Kedah Kelantan (KK) menjadi pilihan utama masyarakat di kawasan luar bandar menjelang ibadah korban. Ketua Unit Penternakan Kesedar Dagang Sdn. Bhd. (KDSB), Muhamad Azri Roslin berkata, lembu baka KK ditawarkan bagi menampung permintaan ibadah korban sempena sambutan Hari Raya Aidiladha tahun ini.