SUHAKAM gesa SPR atasi isu pengundi pos luar negara
  • 10 bulan lalu
Dengan mengambil kira Pilihan Raya Negeri yang semakin dekat, SUHAKAM menekankan
kepentingan untuk menangani isu-isu ini sebelum pilihan raya tersebut berjalan. Kami menyeru
agar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mempertimbangkan cadangan yang dikemukakan
dengan serius, kerana ia penting untuk memastikan penyertaan yang adil dan inklusif semua
pengundi pos luar negara.