Misi menjelajah lima lata viral iaitu Lata Dilwale, Khasmir, Turbo, Hokkaido dan Janggut yang memiliki keunikan tersendiri.
Terdahulu, seramai 16 pengamal media dan blogger menjayakan Program Xpresi Media Cuti-Cuti Malaysia - Kelantan Darul Naim anjuran Tourism Malaysia.
Kempen mempromosikan destinasi viral dan produk pelancongan baharu berlangsung selama empat hari tiga malam di tiga daerah iaitu Tanah Merah, Machang dan Jeli.