Kerajaan mahu mekanisme subsidi bersasar termasuk diesel dan RON95 dilaksana secepat mungkin

  • 11 bulan lalu
Kerajaan mahu mekanisma subsidi bersasar termasuk bagi diesel dan RON95 dilaksana secepat mungkin.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditemui dalam Program Temu Mesra Madani di Kuala Lumpur memaklumkan, walaupun ia bukan perkara mudah namun penyaluran subsidi akan tertumpu kepada mereka yang benar-benar memerlukan dan bukan dinikmati oleh golongan kaya.