Perjanjian sempadan Indonesia: Anwar tempelak Takiyuddin

  • 11 bulan lalu
BERITA SEMASA 13 JUN 2023

Perdana Menteri hari ini menafikan perjanjian sempadan maritim dengan Indonesia yang ditandatanganinya baru-baru ini, tidak mendapat pandangan pakar-pakar berkaitan termasuk maritim.

Selain itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mempersoalkan sumber maklumat Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, yang menimbulkan dakwaan berkenaan.