MCTC harap kerajaan komited perjuang tamatkan tabiat merokok

  • 11 bulan lalu
Majlis Kawalan Tembakau Malaysia (MCTC) berharap kerajaan dapat meneruskan komitmen untuk penamat tembakau di negara ini. Menurut Setiausaha Agungnya, Muhammad Sha'ani Abdullah, pihaknya menyambut baik cadangan Kementerian Kesihatan agar Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 akan dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas (JPKK) Kesihatan Parlimen pada Isnin.