Nursyazwani Jawab Soalan Cepumas

  • 11 bulan lalu
Nursyazwani Jawab Soalan Cepumas

Nama Nursyazwani Saiful Sham meledak dalam senarai carian tertinggi Google secara tiba-tiba.

Semuanya gara-gara beliau 'disergah' seorang selebriti berstatus Datuk dalam satu program siaran langsung April lalu.

Pun begitu, bijak mengemudi situasi tersebut dengan tenang membuatkan ramai yang kagum dengan personaliti tinggi lampai dan jelita tersebut.

Ketika ditemui di Studio A, Sinar Karangkraf, Shah Alam, Selangor baru-baru ini, Nursyazwani yang mesra disapa Syaz memberi jawapan telus kepada hal itu.

Kata-katanya sekali gus menunjukkan empunya diri seorang manusia kuat dan sangat profesional.

Namun, tuan punya badan mengakui sepanjang bergelar penyampai berita, pelbagai cabaran dan ujian terpaksa dilalui.

Malah anak kelahiran Kuala Lumpur itu tidak terkecuali mengalami situasi yang mana skrip di teleprompter tak keluar? Bagaimana agaknya beliau menangani situasi tersebut?

Tidak hanya itu, Syaz yang memiliki wajah persis Nana Mahazan itu turut berkongsi pandangan tentang beauty with brain dengan beauty with filter.

Ingin tahu apa jawapan tuan punya badan, jom tonton video ini.
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus.

Join grup Telegram kami untuk info dan kisah penuh inspirasi.

SinarPlus - Lifestyle, Health & Beauty and Community news