Sarah Suhairi kongsi perkembangan karier terkini
  • 11 bulan lalu
Bakat Sarah Suhairi semakin terserlah selepas beliau dinobatkan menjadi juara pertandingan realiti, Big Stage musim pertama (2018).

Masa yang silih berganti menyaksikan penyanyi muda berbakat besar itu terus merakamkan beberapa lagu single dengan pelbagai genre termasuk mengasah bakat sebagai pengacara dan pelakon.

Kata Sarah, tidak lama lagi, dirinya bakal muncul dengan lagu berkonsepkan balada Korea (K-ballad) iaitu sesuatu yang sangat dinantikannya sejak empat tahun lalu.

Dalam satu wawancara eksklusif bersama SinarPlus, personaliti itu tidak hanya mengisahkan tentang karier di pentas nyanyian.

Kepada kami, Sarah menceritakan tentang perancangan masa depannya walau usia beliau baru mencecah 23 tahun.

Apa yang sedang direncana dan bagaimana mahu melaksanakannya? Selain itu, mungkin ada yang terkejut jika SinarPlus katakan beliau bakal menjadi atlet ekuestrian tidak lama lagi. Adakah ia hanya satu cakap-cakap sahaja?

Untuk mengetahui jawapannya, dapatkan sisipan SinarPlus menerusi akhbar Sinar Ahad hari ini. Layari juga sinarplus.sinarharian.com.my untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami untuk info dan kisah penuh inspirasi.

SinarPlus - Lifestyle, Health & Beauty and Community news