[TERKINI] Perkembangan siasatan kes terhadap Tun Mahathir

  • tahun lalu
Polis Diraja Malaysia telah melengkapkan kertas siasatan terhadap Tun Dr. Mahathir Mohamad berkaitan kes penghinaan terhadap institusi diraja.

Setiausaha PDRM, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin dalam satu kenyataan ringkas memaklumkan kertas siasatan akan dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara pada 6 Jun 2023.

Ia selari dengan peruntukan perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan.

Manakala siasatan berhubung isu proklamasi orang Melayu masih diperingkat siasatan bagi rakaman percakapan Tan Sri Abdul Hadi Awang serta P Ramasamy.

Disyorkan