Jiwa SME: Global Ikhwan hasil produk hiliran bantu masyarakat, usahawan

  • tahun lalu
Bermula dengan kilang memproses ayam pada 2008, syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISBH) Sdn Bhd kini mempelbagaikan produk hiliran bagi memudahkan masyarakat dan usahawan mendapatkan stok makanan halal.


Orang ramai kini bukan saja boleh mendapatkan bekalan ayam segar tetapi juga produk sampingan seperti bebola ayam, bebola ikan, sardin, ais krim, mi kuning, minuman berkarbonat serta produk bakeri jenama Ikhwan.