Majikan perlu lihat pekerja sebagai aset, beri bonus sebagai ganjaran

  • tahun lalu
Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (Mtuc), Mohd Effendy Abdul Ghani berkata, meskipun ia bergantung kepada perolehan syarikat namun pemberian insentif itu adalah penting dalam menyumbang kepada pendapatan pekerja. Jelas Effendy, meskipun isu pemberian bonus ini adalah subjektif dan tertakluk kepada syarikat, namun ia bukan bermaksud untuk majikan sewenangnya tidak memberi sebarang pemberian bonus.