Had siling hutang AS: Joe Biden, Kevin McCarthy capai perjanjian
  • 10 bulan lalu
Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden dan Speaker Dewan Perwakilan Kevin McCarthy mencapai perjanjian tentatif untuk menaikkan paras siling hutang kerajaan persekutuan sebanyak 31.4 trilion dolar Amerika.

Perkara itu diumumkan McCarthy pada Sabtu, sekali gus menamatkan kebuntuan selama berbulan-bulan berhubung perbincangan mengenai had siling hutang negara itu.