e-Tunai Belia Rahmah akan dibayar bulan depan

  • tahun lalu
Bayaran e-Tunai Belia Rahmah dalam bentuk e-Wallet akan mula diagihkan kepada golongan belia berusia 18 sehingga 20 tahun bermula bulan hadapan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan secara berseloroh mengingatkan golongan belia untuk tidak percaya secara 'bulat-bulat' berkenaan maklumat di aplikasi TikTok berkaitan pembayaran yang didakwa akan diberikan pada bulan lepas.