Tahu salah, tapi dah tabiat
  • 11 bulan lalu
Tahu salah, tapi dah tabiat

BERITA SEMASA 21 MEI 2023

'Saya tahu ia salah, tapi dah jadi satu tabiat', itu reaksi seorang perokok yang dikompaun oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan(JKNS) selepas didapati merokok di premis makanan dalam operasi bersepadu dilakukan bermula jam 2 petang hingga 11.30 malam pada Sabtu, lapor wartawan Sinar Harian Syamilah Zullifli.

Sinar Harian mendapati orang ramai seakan sudah lupa penguatkuasaan larangan merokok di tempat awam terutama di premis makanan.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan, Datuk Dr Harlina Abdul Rashid berkata, dalam operasi berkenaan, sebanyak 96 notis dikeluarkan membabitkan pelbagai kesalahan peraturan larangan merokok.

Artikel: https://bit.ly/3oiyhje

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian