Perkukuh pangkalan data, jejak corak perbelanjaan penerima bantuan - MINDA-UKM

  • tahun lalu
Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif, Universiti Kebangsaan Malaysia (MINDA-UKM), Prof. Tan Sri Dr. Noor Azlan Ghazali berkata sistem pangkalan data perlu diperkukuhkan agar dapat menjejak corak perbelanjaan penerima bantuan kerajaan. Ini bagi memastikan bantuan tersebut dibelanjakan mengikut objektif insentif yang dihulurkan dan memastikan penerima dapat bantuan sesuai dengan keperluan.